BM | EN | 中文

MASYARAKAT PERLU BANTU LAPOR AKTIVITI PENYELUDUPAN

IMG-20191110-WA0031.jpg
Advertisement

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 10 NOV : Masyarakat diseru menyalurkan maklumat kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) jika mengesan sebarang aktiviti penyeludupan di kawasan mereka.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, kerjasama penduduk amat penting untuk membantu JKDM membanteras aktiviti yang merugikan negara itu.

Advertisement

“Penyeludup mengaut keuntungan besar apabila barangan seperti rokok dan minuman keras yang diseludup tidak dibayar cukai dan kemudiannya dijual murah daripada harga pasaran. Aktiviti ini menyebabkan kehilangan hasil yang cukup besar dan merugikan negara.

“Sepatutnya hasil ini masuk ke dalam akaun kerajaan dan digunakan untuk kepentingan rakyat. Melalui program JKDM, kita akan beri kesedaran kepada rakyat untuk turut bersama-sama membanteras kegiatan penyeludupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di program Khidmat Bakti Masyarakat dan Kempen Mencegah Penyeludupan 2019 oleh JKDM di Kompleks Penghulu Serkat, di sini, hari ini.

Advertisement

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dan Pengarah Risikan JKDM, Mohd Shahrin Mohd Dom.

Menurut Amiruddin, kerajaan amat serius mencegah aktiviti penyeludupan dan dibuktikan melalui hukuman berat terhadap mereka yang terlibat.

“Hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah ialah denda tidak kurang RM100,000 dan penjara minimum enam bulan. Dengan hukuman berat ini memang tidak berbaloi untuk buat aktiviti penyeludupan.

Advertisement

Mohd Shahrin menyampaikan cenderahati kepada Hannah sambil diperhatikan Amiruddin.

“Kita harap aktiviti penyeludupan yang membahayakan ini dapat dihentikan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shahrin berkata, komitmen JKDM untuk membanteras aktiviti penyeludupan berkait rapat dengan kerjasama serta penyaluran maklumat oleh orang awam.

“Saya difahamkan daerah Pontian ini merupakan tempat tumpuan masuk barang-barang penyeludupan. Ini kerana jarak yang tidak jauh dari Tanjung Balai ke Pulau Karimun, Indonesia menjadi faktor sindiket penyeludupan amat aktif.

Advertisement

“Aktiviti penyeludupan akan menyebabkan ketirisan hasil negara dan seterusnya merugikan rakyat kerana hasil yang sepatutnya disalurkan kepada mereka ‘dirompak’ oleh penyeludup. Maka, kita perlukan kerjasama padu masyarakat setempat untuk membanteras aktiviti penyeludupan habis-habisan,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top