BM | EN | 中文

Masyarakat Johor perlu persiap kemahiran minda sihat, amal 10B

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 MEI: Masyarakat Johor harus memperkasakan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran minda sihat, termasuk mengamalkan 10 B, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R. Vidyananthan.

Katanya orang ramai boleh mengenal pasti gejala melalui tanda-tanda fizikal seperti gementar atau kurang selera makan dan tanda-tanda psikologi seperti perubahan emosi dan sukar tidur.

Selain itu berlaku perubahan tingkah laku seperti kurang produktiviti kerja atau terlalu beremosi dan ia boleh diatasi melalui pengamalan 10B.

Advertisement

Menurut beliau amalan 10B itu adalah bersyukur, bernafas dengan dalam (deep breaths), bicara diri (sebut ‘relekslah’), berkongsi perasaan dengan orang lain, beribadat, berehat dan mendengar muzik, berurut, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.

“Semasa musim pandemik Covid-19 ini, kesejahteraan minda, emosi dan psikologi perlu dikekalkan.

“Perintah kawalan pergerakan (PKP) melihatkan secara langsung atau tidak pelbagai kekangan dalam kehidupan yang mungkin akan
menimbulkan pelbagai perasaan bimbang, takut, sedih serta stres.

Advertisement

“Begitu juga mereka yang berada dalam tempoh kuarantin, ditambah dengan kebimbangan potensi dijangkiti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan kesemua itu adalah gejala-gejala yang dapat diatasi dan perlu diambil sebagai cabaran semasa.

Menurut Vidyananthan 10B itu adalah bersyukur, bernafas dengan dalam (deep breaths), bicara diri. berkongsi perasaan dengan orang lain, beribadat, berehat dan mendengar muzik, berurut, beriadah, bersenam dan berfikiran positif

Advertisement

“Saya ingin mengingatkan tuan-tuan dan puan-puan sekalian apa yang kita semua lalui adalah bagi memastikan kepentingan bersama dan adalah tangggungjawab kita bersama untuk bangkit dan maju ke hadapan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top