BM | EN | 中文

Masyarakat diingatkan untuk menjauhi dadah dan judi

IMG-20200215-WA0002.jpg
Advertisement

KUKUP, 15 FEB: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, Suhaizan Kaiat memberi teguran kepada penduduk di kawasan Kukup agar menjauhkan diri daripada kegiatan yang merosakkan seperti dadah dan judi.

Beliau menyampaikan nasihat tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Permas Kelapa, di sini sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan kali ke-17 anjuran Sekolah Agama Permas Kelapa.

Menurutnya, kedua-dua perkara negatif itu akan menyebabkan permasalahan sosial yang berkaitan dengan mental selain hilang punca pendapatan yang sempurna.

Advertisement

“Perkara ini perlu dihindarkan supaya masyarakat di sini mampu menjadi manusia yang berguna untuk keluarga dan masyarakat sekelilingnya.

“Sesungguhnya dalam Al-Quran, Allah telah menegah berkenaan perbuatan tersebut yang melanggar ciri-ciri manusia berjaya di dunia mahu pun di akhirat.

“Kita harus berpesan-pesan sesama kita agar perkara ini tidak menjadi najis dalam kalangan masyarakat terutamanya jiran tetangga kita sendiri,” katanya.

Advertisement

Beliau turut menggariskan panduan yang ditetapkan di dalam Al-Quran berkenaan dengan orang-orang yang berjaya.

Suhaizan yang merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara Johor berkata lagi, antara ciri mereka yang berjaya adalah orang yang tidak meninggalkan solat serta khusyuk.

“Antara lain ciri orang berjaya adalah mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

Advertisement

“Ciri seterusnya adalah mereka yang membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat serta menjaga kehormatan kita sesama manusia.

“Seterusnya, mereka yang menjaga amanah dan janjinya serta mereka itu akan mewarisi syurga Allah, itulah yang bermaksud berjaya di dunia dan akhirat,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top