BM | EN | 中文

Masyarakat Cina Simpang Renggam sambut baik rombongan ‘walkabout’ Amanah, PH

Pakatan-Harapan-Simpang-Renggam.jpg
Advertisement

KLUANG, 9 OGOS: Masyarakat Cina di Simpang Renggam menyambut baik kehadiran rombongan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pakatan Harapan (PH) yang berkunjung ke kawasan ini.

Kehadiran rombongan tersebut sekitar jam 10:00 pagi tadi di kedai makan Kopitiam 88 di pekan Simpang Renggam disambut meriah oleh sorakan dari pengunjung harian di kedai berkenaan.

Menurut seorang pengunjung yang dikenali sebagai ‘Uncle’ Lee, 65, berkata kehadiran rombongan tersebut ke tempat ini telah menaikkan semangat penduduk tempatan khususnya masyarakat Cina di sini.

Advertisement

“Mereka suka dan bila dia (rombongan PH) datang sini memang kita sambut. Sebab kita mahu tanya apa sudah berlaku. Kita mahu sokong terus Pakatan Harapan.

‘Uncle Lee’ bersama rakannya hadir ke lokasi walkabout di Simpang Renggam untuk mendengar penerangan dari pemimpin PH Johor

“Kita mahu hidup tanpa kekacauan. Kita mahu semua orang berbaik sahaja tanpa ada bermusuh. Di sini kita semua berkawan, Melayu, Cina dan India.

“Pakatan (PH) boleh buat semua kaum hidup aman tak ada pergaduhan. Itu sebab kita sokong Pakatan.

Advertisement

“Kita mahu jumpa pemimpin Pakatan untuk tahu sendiri apa mereka cakap tentang kerajaan hari ini,” ujarnya.

Kehadiran rombongan tersebut diwakili oleh pemimpin PH tempatan dan jentera dari semua parti komponen PH di sini termasuk jentera dari Ahli Parlimen Simpang Renggam.

Hadir sama Adun Mahkota, Mohd Said Jonit, Adun Kemelah Dr Sulaiman Mohd Nor, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan kepimpinan PH Simpang Renggam.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top