BM | EN | 中文

Masyarakat Cina Batu Anam, Segamat gusar tapak upacara sembahyang dipindahkan – Adun Jementah

tan-chen-choon-upacara-sembahyang-perayaan-Bulan-Hantu-majlis-perbandaran-segamat.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 28 SEPT: Adun Jementah, Tan Chen Choon mendesak Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad mempertimbangkan semula dan membenarkan penglibatan Adun pembangkang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD).

Kata Tan, penglibatan Adun pembangkang itu bukan sahaja akan membuka lembaran politik baru, malahan pertumbuhan demokrasi di negeri ini lebih sihat.

Beliau merujuk isu pemindahan tapak bagi tujuan upacara sembahyang perayaan Bulan Hantu disambut masyarakat Cina di Batu Anam, Segamat dari Padang Awam Batu Anam ke Jalan Ah Tong dan Jalan Mohamad.

Advertisement

“Disebabkan kerja projek pemasangan pagar sedang giat dijalankan di lokasi Padang Awam Batu Anam, penduduk setempat kaum Tionghua bimbang lokasi strategik ini tidak dapat digunakan untuk tujuan itu pada tahun-tahun depan.

“Mereka mengharapkan saya menyampaikan bantahan mereka kepada MPS.

“Selepas aduan penduduk diterima, Yang Dipertua Majlis Perbandarab Seganat telah mengadakan lawatan tapak ke Padang Awam Batu Anam dan telah mencadangkan Jalan Ah Tong dan Jalan Mohamad sebagai lokasi alternatif.

Advertisement

“Cadangan YDP MPS tersebut telah mendapat persetujuan daripada pemimpin-pemimpin Tionghua tanpa mengira perbezaan politik, dan para penduduk setempat,” katanya.

“Namun, kejadian ini menunjukkan disebabkan tiada komunikasi dan perbincangan dengan penduduk setempat sebelum memulakan kerja pembangunan setempat terlebih dahulu, jadi pertikaian atau kesalahfahaman mungkin tercetus.

“Pihak berkuasa perlu mengambil perhatian yang serius dan menangani khasnya isu-isu keagamaan dengan berhati-hati supaya tidak mencetuskan suasana ketidakharmonian antara kaum,” kata Tan lagi.

Advertisement

Beliau bagamanapun merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP dan pimpinan tempatan Tionghua yang bersama dalam perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian mengenai isu ini.

Justeru itu katanya, sebagai penyelesaian jangka panjang pihak berkuasa perlu mewujudkan sistem pentadbiran dua hala dengan rakyat di mana “melapor dari bawah ke atas; dan dari atas ke bawah”.

Terdahulu, Tan bersama mantan ahli majlis MPS, Tong Yah Horng menyerahkan maklum balas bertulis daripada YDP MPS, Ungku Mohd Tahir kepada pengerusi persatuan perkuburan Tiong Hua Batu Anam, Chong Hon Fat.

Advertisement

Perkara itu berkenaan kerisauan penduduk kaum Tionghua sama ada upacara sembahyang perayaan Bulan Hantu tahunan atau dikenali sebagai perayaan lunar Cina bulan tujuh masih boleh dijalankan di Padang Awam Batu Anam pada tahun akan datang selepas kerja pemasangan pagar di padang awam tersebut siap.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top