BM | EN | 中文

Masyarakat berpeluang menyaksikan koleksi artifak peribadi Nabi Muhammad SAW

IMG-20200301-WA0011.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 MAC: Koleksi Artifak Nabi Muhammad SAW di Galeri Anjung Warisan dan Kesenian Islam (Aura Islam) di Anjung Neighbourhood Centre, di sini mensasarkan seramai 500,000 pengunjung sepanjang tahun ini.

Pengarah Urusan Manhajj Brothers Sdn Bhd(Manhajj Brothers), Datuk Anuar Hassan berkata, pameran itu membabitkan lebih daripada 120 koleksi artifak.

“Selain menampilkan artifak barangan peribadi Rasulullah, pameran ini turut menambilkan beberapa artifak para sahabat baginda, artifak empayar kerajaan Uthmaniyyah dan juga Abbasiyah.

Advertisement

“Antara artifak barangan peribadi Rasulullah termasuklah capal, celak, rambut, janggut, darah bekam, serban, tongkat, bekas air zam zam, bekas tapak kaki, pasir makam serta kunci makam Rasulullah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penghargaan Aura Islam kepada Jabatan Mufti Negeri Johor dan perasmian logo rasmi Aura Islam di sini, hari ini.

Turut hadir, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Ketua Pegawai Operasi Manhajj Brothers, Mohamad Yusof Mohd Surid.

Advertisement

Tambah Anuar, turut dipamerkan dalam pameran itu adalah beberapa kiswah kaabah, tandu, Al-Quran emas, senjata serta kelengkapan perang peninggalan kerajaan Uthmaniyyah.

“Sempena penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Tahun Melawat Johor 2020 ini, kami mensasarkan kehadiran seramai 500,000 pengunjung bagi tahun ini.

“Pameran dengan slogan ‘Not Just A Destination, It Is A Priceless Experience’ ini dibuka sehingga November 2021 dan mampu mendidik masyarakat untuk lebih mengenali, menyayangi dan menghayati keagungan Nabi Muhammad SAW,” ujarnya.

Advertisement

Sejak dibuka, pameran itu bukan sahaja berjaya menarik kehadiran pengunjung tempatan dari seluruh negara, tetapi juga pelancong antarabangsa dari Singapura, Indonesia, Brunei, Kemboja dan Filipina.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top