BM | EN | 中文

MASUK KAMPUNG TEMUI PENGUNDI DI RUMAH, PESAN MAK NE

IMG-20191111-WA0005.jpg

 

PONTIAN, 11 NOV: Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Normah Mohamed mengingatkan aktivis Pakatan Harapan (PH) untuk menggiatkan kempen dengan bertemu pengundi dari rumah ke rumah.

Katanya, dengan tempoh kempen berbaki empat hari, jentera Pakatan Harapan masih mempunyai masa, namun perlu menggandakan usaha dengan bertemu setiap pengundi di setiap rumah di kampung-kampung dalam parlimen Tanjung Piai.

“Dalam empat hari ini masih boleh buat. Sebagai orang Tanjung Piai saya boleh baca gerak kerja,” kata Normah, yang lebih mesra dipanggil sebagai Mak Ne kepada JohorKini.

Ditanya mengenai kecenderungan mengundi di kalangan wanita Normah berkata, penerangan perlu dibuat dengan bertemu terus golongan tersebut di rumah mereka.

“Tetapi orang yang bercakap dengan mereka perlulah yang ada kaitan.

“Kita hendak terangkan apa yang calon telah buat dan kenapa kita mesti undi PH adalah untuk selesaikan semua (masalah).

“Orang perempuan ini kalau kita masuk (ke kampung), terangkan betul-betul dan bercakap, dia akan beri (undi). Kita kena masuk (ke rumah-rumah),” ujar ibu kepada Allahyarham Datuk Dr  Md Farid Md Rafik yang merupakan penyandang Ahli Parlimen Tanjung Piai.

Beliau berkata, ahli parti komponen PH di peringkat akar umbi dan jentera kempen di pusat daerah mengundi (PDM) perlu menggabungkan tenaga dan menjalankan gerak kerja secara bersama bagi mendapatkan hasil yang diharapkan.

“Disini (Kampung Serkat) saya telah anjurkan (ceramah kelompok) sebanyak tujuh kali, dan setiap kali 40 hingga 50 orang hadir.

“Kita buat ceramah secara kelompok. Kita terangkan apa kesinambungan dari mengundi Pakatan Harapan dan kita kena teruskan (menyokong),” pesan Mak Ne.

Terdahulu semalam,  beliau melepaskan konvoi motosikal kempen dari Kg Serkat ke Peradin yang turut disertai calon PH bagi PRK Tanjung Piai, Karmaine Sardini.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top