‘MASTER PICK-UP LINE’ DINOBAT JUARA RAJA LAWAK JR
Muhammad Danish Haidir muncul juara pertandingan Raja Lawak Junior

‘MASTER PICK-UP LINE’ DINOBAT JUARA RAJA LAWAK JR

JOHOR BAHRU, 29 SEPT – Muhammad Danish Haidir muncul juara pertandingan Raja Lawak Junior setelah menewaskan tiga finalis lain dalam pentas akhir pertandingan tersebut, malam semalam.

Tempat kedua dimenangi Kumpulan Tojud diikuti RnR (ketiga) dan Muhammad Hanif (keempat).

Raja Lawak Junior mengetengahkan bakat komedi generasi baharu dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, yang mula ditayangkan 10 Ogos lalu di saluran Astro Warna.

Selama lapan minggu bersaing, persembahan komedi setiap peserta dinilai tiga juri profesional iaitu Adibah Noor, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, inisiatif penerbitan program itu bertujuan membawa kelainan di arena gelanggang lawak tanah air.

“Memandangkan penonton mungkin sudah terbiasa dengan persembahan lawak dalam kalangan pelawak popular dan dikenali masa kini, sudah tiba masa untuk bakat lawak generasi baharu.”

Kemenangan malam semalam melayakkan Danish, si cilik yang diberi jolokan ‘master pick-up line’ itu, membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.

Johorkini

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )