BM | EN | 中文

Masjid di Johor adakan siaran langsung solat Aidilfitri, khutbah raya dalam pematuhan PKPB

solat-hari-raya-aidilfitri-1441H-2020-johor-pkpb.png

Pelaksanaan solat sunat hari raya Aidilfitri, takbir raya dan khutbah khas di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bahru hari ini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 MEI: Beberapa masjid di Johor melaksanakan solat sunat hari raya Aidilfitri dan khutbah khas hari raya yang disiarkan secara langsung dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Semakan Johorkini mendapati, solat sunat hari raya Aidilfitri, takbir raya dan khutbah khas itu disempurnakan pagi tadi dan disiarkan secara langsung melalui aplikasi Facebook Live.

Antara masjid yang menyiarkan secara langsung pelaksanaan solat sunat hari raya Aidilfitri itu ialah Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, di Johor Bahru dan Masjid Daing Abdul Rahman, Nusa Idaman dekat Iskandar Puteri.

Advertisement

Solat sunat hari raya Aidilfitri tahun ini menyaksikan kelainan dan perbezaan ekoran penularan wabak Covid-19 yang menghalang umat Islam untuk berkumpul bertakbir raya dan menunaikannya secara berjemaah di masjid.

Menurut Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) hanya 12 orang maksima dibenarkan untuk menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri di masjid dan surau sepanjang tempoh PKPB.

Menurut JAINJ 12 orang yang dibenarkan iaitu imam satu, imam dua, bilal, noja dengan lapan ahli jawatankuasa.

Advertisement

Arahan yang dikeluarkan pada 13 Mei itu menyatakan, pengehadan jemaah di masjid turut merangkumi solat Jumaat.

PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun ini yang bermakna segala SOP dalam urusan harian dilaksanakan di bawah PKPB akan berkuatkuasa sehingga tarikh berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top