BM | EN | 中文

Masjid Al-Istiqomah Muar ditutup sementara untuk proses sanitasi

Sanitasi-Masjid-Al-Istiqomah-Muar.jpg

Proses sanitasi di Masjid Al-Istiqomah, Muar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 DIS: Masjid Al-Istiqomah Parit Mislam di Mukim Sri Menanti, Muar, ditutup buat sementara untuk kerja-kerja sanitasi bagi membendung penularan pandemik COVID-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi.

Beliau berkata penutupan bermula hari ini, bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan.

“Esok (Khamis), Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Majlis Perbandaran Muar akan melakukan kerja-kerja sanitasi di masjid berkenaan. Masjid akan dibuka semula kepada jemaah untuk solat Subuh Jumaat ini,” katanya semalam.

Advertisement

Terdahulu, tular satu mesej di laman sosial yang menyatakan masjid berkenaan ditutup kepada orang awam hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top