BM | EN | 中文

“Masih tak mahu buka parlimen, lebih baik Takiyuddin letak jawatan”

azhar-ismail-1.jpg
Advertisement

LEDANG, 22 MAC: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan digesa meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen selepas mengeluarkan kenyataan memperlekehkan peranan institusi parlimen.

Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Azhar Ismail berkata, Takiyuddin hanya mencari helah selepas didesak pelbagai pihak untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat.

Azhar berkata, kenyataan Takiyuddin tidak masuk akal kerana amanah ahli parlimen adalah untuk membawa suara rakyat.

Advertisement

“Inilah wajah ahli parlimen yang tidak bertanggungjawab.

“Saya menyeru agar semua rakyat baik di Kota Bharu mahu pun di Malaysia tidak mengundi dia kerana sikap tidak bertanggungjawab itu.

“Dia kena ingat, gaji sebagai ahli parlimen dibayar dan jika tidak mahu sidang Dewan Rakyat diadakan bermakna beliau lebih suka makan gaji buta.

Advertisement

“..atau lebih baik dia letak jawatan,” katanya.

Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu, berkata perjalanan pentadbiran tidak terjejas walaupun Dewan Rakyat tidak bersidang susulan proklamasi darurat yang masih berkuat kuasa.

Merujuk perkara itu, Takiyuddin membangkitkan darurat yang diisytihar pada 1969 yang berjalan selama dua tahun, sebagai contoh.

Advertisement

“Kalau tahun 1969 dulu, dua tahun Parlimen tidak bersidang pun, tidak ada masalah dalam perjalanan kerajaan.

“Kita baru bersidang pada Disember baru-baru ini ketika luluskan belanjawan, sekarang bulan Mac. Baru empat bulan tak bersidang, jadi tak timbul masalah,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan sejumlah pihak, termasuk parti politik, supaya kerajaan mengadakan sidang Dewan Rakyat segera.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top