BM | EN | 中文

Masalah rumah tangga jadi punca suami tembak isteri

Masalah-rumah-tangga-jadi-punca-suami-tembak-isteri.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 MAC: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui mati dipercayai dibunuh suaminya akibat cemburu.

Polis menemui mayat mangsa semalam di dalam tong air berwarna biru dan ditanam di sebuah ladang yang terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Setakat ini, polis telah menangkap dua suspek lelaki, seorang berusia 43 tahun yang merupakan suami mangsa dan seorang lagi berusia 32 tahun iaitu rakan kepada suami mangsa untuk membantu siasatan.

Advertisement

Hasil siasatan lanjut mendapati, suami mangsa mengaku telah membunuh isterinya di rumah sewaktu tidur dengan menggunakan senapang angin di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu kerana mangsa dipercayai telah meminta cerai.

“Kita masih menjalankan siasatan sama ada rakannya terlibat dalam pembunuhan atau terlibat dalam mengangkat tong itu atau terlibat menanam mayat.

Advertisement

“Mengikut pendedahan awal, mangsa ditembak di dada dengan menggunakan senapang angin. Kita tunggu laporan bedah siasat yang lengkap secara terperinci punca kematian dan sebagainya,” katanya. lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor di Johor Bahru pada Jumaat.

Turut dirampas ialah selaras senapang angin, selaras senapang patah, 54 butir peluru penabur, sebuah kenderaan Mitsubishi Pajero bersama kunci dan sebuah jengkaut.

Advertisement

Siasatan juga mendapati, suspek tidak memiliki lesen senjata dan mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Suspek telah direman selama enam hari sehingga 10 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top