BM | EN | 中文

Masalah paip pecah ganggu bekalan air di Labis akan diatasi – Adun Bekok

dr-s-ramakrishnan.jpg

Gambar Fail

SEGAMAT, 29 NOV: Bandar Labis sering menghadapi gangguan bekalan air tanpa notis, terutamanya di kawasan Taman Gunung Emas, Taman Sejati, Taman Mewah, Taman Eng Peng, Taman Ria, Taman Seri Bayu, Taman Wawasan dan Sungai Karas.

Menurut Adun Bekok, Dr S Ramakrishnan, sejumlah lapan kawasan sekitar Labis mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paras air di tangki Labis yang mendapat bekalan air dari tangki Felda Tenang A berada pada paras yang tidak memuaskan.

Kata Ramakrishnan, tangki air di Labis mendapat sumber bekalan air dari Loji Air Panas A disini.

“Masalah ini disebabkan berlakunya beberapa kali kejadian paip pecah kebelakangan ini di sistem agihan menyebabkan air masuk ke tangki Labis tidak berada dalam keadaan normal.

“Dalam usaha mengatasi masalah ini pihak Ranhill SAJ telah berusaha memulih dan menstabilkan semula paras air di Tangki Labis selepas kerja pembaikan paip disiapkan dan mengolah sistem bekalan air dengan bantuan dan sistem tangki utama Air Panas C dari sumber bekalan air Loji Air Panas C bagi mempercepatkan pemulihan bekalan air.

“Pihak Ranhill SAJ juga telah mengambil tindakan membekalkan air melalui “tanker” ke premis yang terlibat semasa gangguan bekalan air berlaku,” kata Ramakrishnan.

Tambahnya, bagi penambahbaikan jangka panjang, pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sedang melaksanakan projek mempertingkatkan sistem agihan air dengan anggaran kos RM27.0 juta yang dijangka siap Januari 2023.

Antara skop kerja PAAB adalah, menaiktaraf fasiliti Loji Air Panas C sedia ada dengan tambahan kapasiti pengeluaran sebanyak 15.0 juta liter sehari.

Selain itu, pembinaan tangki air meninggi baru di Labis dengan kapasiti 4.5 juta liter bersebelahan tapak tangki sedia ada dan pemasangan paip Mild Steel bersaiz 350mm dia. dari persimpangan Jalan Sultan, Pekan Chaah hingga Sekolah Kebangsaan Desa Bertemu Jodoh sejauh 6.0km.

“Kesimpulanya, sekiranya semua projek yang sedang dilaksanakan dapat disiapkan, masalah yang dihadapi oleh penduduk Bandar Labis, terutamanya penduduk yang terdiri daripada kawasan-kawasan yang terlibat dapat diatasi sepenuhnya,” kata Ramakrishnan lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top