BM | EN | 中文

Masa telah tiba semua pihak semak kebergantungan tenaga kerja asing

Liew-Chin-Tong-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 DIS: Senator Liew Chin Tong berkata, masanya telah tiba untuk semua pihak termasuk kerajaan dan industri menyemak semula kebergantungan kepada tenaga kerja asing di negara ini.

Katanya perkara itu berkait rapat dengan isu upah kerja dan penghijrahan rakyat Malaysia ke negara lain seperti Singapura bagi mendapatkan gaji yang munasabah.

Chin Tong merujuk laporan mengenai graduan Sains Pembangunan UKM berasal dari Batu Pahat, Muhammad Khidir Samsudin yang sanggup bekerja sebagai pekerja kebersihan di Singapura demi mendapatkan gaji setimpal.

Advertisement

Khidir dilaporkan berkata, sebab tidak melakukan pekerjaan yang sama di Malaysia, beliau menyatakan faktor matawang Singapura yang lebih kukuh dengan setiap bulan menerima gaji melebihi eksekutif muda di Malaysia.

“Sementara kita mungkin tidak mampu menawarkan gaji SGD2,000 sebulan (kira-kira RM6,000), ramai memberitahu mereka senang hati pulang bekerja di tanahair jika dibayar dua-pertiga jumlah tersebut (RM4,000), jika mereka dapat menikmati kualiti hidup lebih baik tanpa perlu bekerja di Singapura,” kata Chin Tong dalam satu catatan di laman Facebook beliau pada Rabu.

Beliau turut memetik Bank Negara Malaysia sekitar 40 peratus rakyat Malaysia bekerja di Singapura adalah kategori pekerja 3D – (kotor, berbahaya, sukar).

Advertisement

Menurut bekliau dalam beberapa pertemuan yang disertai, gaji yang lebih baik adalah sebab utama mereka memilih untuk bekerja dalam sektor 3D di Singapura.

“Adakah kita tidak boleh mempertingkat pendapatan pekerjaan 3D tempatan untuk membolehkan mereka mendapatkan upah yang selesa di tanah air?

“Mungkin boleh dihujahkan kenaikan gaji membebankan majikan, tetapi dengan menambahkan produktiviti, kita boleh merapatkan jurang antara pekerjaan yang berkemahiran tinggi dan juga rendah.

Advertisement

“Industri akan mempunyai lebih banyak insentif untuk berinovasi justeru menggaji pekerja berkemahiran tinggi dan membangunkan prosedur yang lebih menumpukan kemahiran.

“Berbanding mengupah lima ke enam petugas kebersihan warga asing, kenapa tidak mengupah seorang pemandu warganegara Malaysia yang mampu mengoperasi trak pemungut sampah yang diautomasi dan membayar pemandu itu upah terkumpul tenaga kerja asing tadi?

“Ini akan memacu ekonomi untuk menghargai pertumbuhan dengan nilai tambah,” ujarnya lagi.

Advertisement

Tambah beliau, pertumbuhan gaji melalui penstrukturan semula ia akan memanfaatkan semua pihak.

“Jika pekerja kebersihan dibayar RM2,000, pendapatan setiap individu akan boleh dipertingkat.

“Jika mana-mana majikan tidak menaikkan gaji, mereka tentunya berdepan masalah mencari pekerja, akibat kebanyakan (jika bukan semua) graduan memilih untuk menjadi pekerja kebersihan.

Advertisement

“Hanya apabila mereka yang dibawah dibayar gaji yang lebih baik maka gelombang produktiviti dan upah yang lebih tinggi dapat dijana.

“Supaya rakyat Malaysia tidak bekerja sebagai buruh murah di Singapura, kita perlu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing tidak berkemahiran di Malaysia.

“Selalunya ramai yang tidak dapat melihat kaitan antara hal-hal ini.

Advertisement

“Tetapi masanya telah tiba untuk kita membuka mata dan membuat perubahan,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top