BM | EN | 中文

Marzuki Dilantik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri

marzuki.jpg
Advertisement

PUTRAJAYA, 5 Mac  — Datuk Dr Marzuki Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkuat kuasa 1 Mac lalu, demikian menurut Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Marzuki, 46, berpengalaman berkhidmat dengan Muhyiddin ketika memegang beberapa jawatan dalam kerajaan bermula 2009.

Marzuki memulakan kerjaya sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1999 sebelum dilantik sebagai Pegawai Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri pada 2009 hingga 2013 dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Pendidikan ketika Muhyiddin memegang jawatan itu pada 2013 hingga 2015.

Advertisement

Pada 2015, beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Marzuki kembali berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada Menteri Dalam Negeri selepas Muhyiddin dilantik ke jawatan itu pada 2018.

Marzuki berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari UIAM serta Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah (Sains Politik) dari Australian National University, Australia.

Advertisement

 — BERNAMA

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top