BM | EN | 中文

Maruah dan mandat tak boleh didagang, kata MP Ledang

syed-ibrahim-syed-noh-pkr-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Syed Ibrahim Syed Noh

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 MEI: Sebarang keputusan wajib bersandarkan kepada prinsip yang betul, perbincangan tuntas di kalangan pimpinan serta menilai segala sudut, kata Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.

Dalam satu kenyataan semalan Syed Ibrahim berkata, bukan semata-mata politik kuasa dan kesempatan sebaliknya Pakatan Harapan (PH) perlu terus mengukuhkan persefahaman dan setiakawan serta mengumpul kekuatannya sendiri di semua peringkat terutamanya di Johor,

“Apakah kini Bersatu Johor sedar dan mahu kembali ke pangkuan PH? Apakah wajar PH menerima mereka setelah dikhianati mandat rakyat dan persefahaman PH?

Advertisement

“Memang benar jalan kebenaran dan bermaruah masih belum jauh di belakang. Namun nilai maruah yang dirobek itu terlalu tinggi untuk didagangkan hanya dengan perbuatan lompat melompat.

“Ia merupakan nilai maruah dan amanah yang diletak oleh rakyat, bukan oleh PH pun,” kata Ahli Parlimen Ledang itu.

Kenyataan Syed Ibrahim itu dipercayai mengulas pandangan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menyatakan kesediaan untuk menerima semula Bersatu di Johor.

Advertisement

Kata Salahuddin mereka yang kini bersama Perikatan Nasional (PN) masih terbuka untuk diterima PH yang hubungannya lebih harmoni, berbeza dengan apa yang dialami oleh mereka hari ini.

“Kepada rakan-rakan dalam kerajaan PN yang menang atas mandat PH dalam pilihan raya yang lalu, jalan kebenaran penuh bermaruah masih belum jauh di belakang.

“Kami kepimpinan PH bersedia untuk menerima anda semua kembali ke dalam keluarga besar PH,” kata Ahli Parlimen Pulai itu.

Advertisement

Dalam pada itu kata Syed Ibrahim, hakikatnya keputusan Bersatu sedang menghantui mereka dan tidak keterlaluan jika dikatakan ketergesaan membentuk kerajaan Muafakat Nasional dan BN serta kehilangan jawatan Menteri Besar akibat kesilapan Bersatu sendiri.

“PKR Johor sedang menyatupadukan anggotanya pasca pembersihan parti daripada pengkhianat dan mengukuhkan penstrukturan serta pengurusan parti dengan penambahan anggota serta penubuhan ranting yang baru.

“Dengan kerjasama Amanah dan DAP, saya percaya PH boleh kembali menebus pengkhianatan dan mengembalikan mandat rakyat di Johor seperti yang diamanahkan dalam PRU yang lalu,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top