BM | EN | 中文

MARITIM TAHAN TIGA BOT ‘LIMA SORE’ TANPA PENDAFTARAN 

IMG-20191001-WA0010-e1569927933817.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 1 OKT: Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) berjaya menahan tiga bot kayu yang lebih dikenali sebagai ‘pom-pom atau lima sore’ tanpa pendaftaran di Perairan Johor Timur, pagi semalam.

Pengarah ZMTS, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, bot pertama ditahan pada jam 10.25 pagi di kedudukan 9.0 batu nautika Timur Tanjung Penawar.

Menurutnya, manakala bot kedua dan ketiga ditahan pada jam 11 pagi di kedudukan 15 batu nautika Timur Tanjung Balau oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rutin rondaan.

Advertisement

“11 lelaki warga Indonesia berumur lingkungan 21 hingga 42 tahun turut ditahan bersama-sama ketiga-tiga bot.

“Bot berkenaan turut membawa sejumlah muatan rokok dan minuman keras dalam jumlah yang kecil tanpa cukai dan akan disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Kastam 1967,” katanya.

Tambah Zulfadli lagi, penahanan bot-bot berkenaan juga bertujuan untuk pencegahan kejadian rompakan di laut dan kecurian terhadap kapal.

Advertisement

“Ini kerana, terdapat beberapa aduan kecurigaan dan percubaan melibatkan bot- bot jenis yang sama,” katanya.

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan dan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur.

Beliau menasihatkan, pengusaha-pengusaha kapal khususnya kapal-kapal bersaiz mega supaya menggunakan laluan perairan ini dengan lebih berhati-hati.

Advertisement

“Ambil juga langkah yang sewajarnya bagi menghindari kejadian tidak diingini seperti kecurian atau pun rompakan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top