BM | EN | 中文

Maritim tahan kapal tunda berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur

Maritim-tahan-kapal-tunda-berlabuh-tanpa-kebenaran.jpg

Gambar Ehsan Karangkaf

Advertisement

KOTA TINGGI, 29 OKT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor menahan sebuah kapal tunda yang berdaftar dari Singapura kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur pada Rabu.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tunda tersebut ditahan oleh aset Maritim Malaysia ketika melaksanakan rondaan Ops Jangkar Haram di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Tanjung Kelesa sekitar jam 6.30 petang.

“Sewaktu pemeriksaan dilakukan, seramai 13 kru warga Filipina dan Rusia berumur 31 hingga 48 tahun berada dalam kapal serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Advertisement

“Bagaimanapun pemeriksaan lanjut terhadap dokumen kapal mendapati nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia,” katanya, lapor Sinar Harian.

Nurul Hizam berkata, nakhoda dan seorang kru kapal kemudian dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Advertisement

“Jika didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top