BM | EN | 中文

MARITIM TAHAN KAPAL TANGKI DISYAKI BERLABUH TANPA KEBENARAN

kapal-mt-marious.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 2 OKT : Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) menahan MT MARIOS G kerana disyaki berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan lebih kurang 11 batu nautika Timur Tanjung Penawar pada jam lebih kurang 4.10 petang, semalam.

Pengarah ZMTS, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki berkenaan yang panjangnya 175 meter dan berdaftar di Panama ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia.

Menurutnya, penahanan dibuat setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut.

Advertisement

“Kapal tersebut yang dikendalikan oleh 24 kru termasuk Nakhoda (Master) berwarganegara Filipina berumur lingkungan 20 hingga 58 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kapal tersebut masih belum melantik agen perkapalan tempatan bagi mendapatkan kelulusan Pengarah Laut dan kru-kru kapal tidak berkerjasama sepenuhnya.” jelasnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut.

Advertisement

Tambahnya lagi, penahanan ini juga bertujuan mencegah kejadian rompakan di laut dan kecurian terhadap kapal yang bersauh tanpa kebenaran khususnya di Perairan Permatang Timur, Tompok Utara dan Beting Ramunia.

“Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan dan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan

kesejahteraan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur.

Advertisement

“Justeru, pemilik kapal diingatkan supaya memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) sebelum melabuhkan sauh.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top