BM | EN | 中文

Maritim tahan kapal tangki, bot nelayan lakukan kesalahan

maritim-3.jpg

Sebuah kapal tangki dan sebuah bot nelayan tempatan ditahan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) di perairan Johor Timur disini, semalam. 

Advertisement

KOTA TINGGI, 12 JAN : Sebuah kapal tangki dan sebuah bot nelayan tempatan ditahan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) kerana melakukan kesalahan di perairan Johor Timur di sini, semalam.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal terbabit ditahan pada jam 12.10 tengahari ketika sedang berlabuh di kedudukan 3.6 batu nautika (bn) Timur Tanjung Penyusop.

Katanya, sementara itu bot nelayan terbabit pula ditahan ketika sedang menangkap ikan pada jam 1.30 petang di kedudukan 10 bn Timur Tanjung Balau.

Advertisement

“Kapal yang berdaftar di Ulaan Baatar, Mongolia itu dikendalikan empat lelaki termasuk seorang Nakhoda warga Myanmar bersama tiga kru kapal warga India berumur antara 27 hingga 50 tahun. 

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 280 Kanun Keseksaan dan Seksyen 72 (1) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 serta Seksyen 491B(L)  OPS 1952,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, bot nelayan yang dikendalikan tiga lelaki termasuk seorang tekong berumur antara 34 hingga 41 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

Advertisement

“Siasatan dibuat kerana melanggar syarat sah lesen menangkap ikan kurang dari 12 bn dan awak-awak Indonesia bertindak sebagai Nakhoda yang mana sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau keduanya,” ujarnya.

Tambah beliau, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan akan mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur bebas daripada sebarang aktiviti jenayah dan pelanggaran undang-undang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top