BM | EN | 中文

Maritim tahan kapal kargo bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Penawar

Maritim-tahan-kapal-kargo-bersauh-tanpa-kebenaran.jpg

Gambar Ehsan Karangkraf

Advertisement

KOTA TINGGI, 26 OKT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menahan sebuah kapal kargo kerana didapati bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur di sini pada Ahad.

Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, penahanan kapal kargo didaftar di Marshall Island itu dibuat kira-kira jam 11.03 pagi di kedudukan 10 batu nautika timur laut Tanjung Penawar di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal kargo pukal itu dikendalikan 22 kru warga Ukraine, Russia, Filipina dan Sri Lanka yang berusia lingkungan 20 hingga 61 tahun dengan mempunyai pengenalan diri yang sah.

Advertisement

“Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati nakhoda kapal telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya, lapor Sinar Harian.

Nurul Hizam berkata, kapal asing itu bersama kesemua kru disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisement

“Maritim Malaysia menerusi Operasi Jangkar Haram akan terus memastikan perairan negeri Johor sentiasa terpelihara daripada sebarang cubaan bersauh tanpa kebenaran terutama di perairan Johor timur,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top