BM | EN | 中文

Maritim Johor rampas syabu ‘teh cina’ RM3.9 juta

Maritim-Johor-rampas-syabu-‘teh-cina-RM3.9-juta.jpg

Pengarah Maritim Johor Nurul Hizam Zakaria berkata, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu dalam 66 peket bungkusan teh cina yang diisi dalam empat beg plastik pelbagai warna, satu bungkusan kurier serta satu beg sandang (Gambar Ehsan Maritim Malaysia)

Advertisement

BATU PAHAT, 26 MAC: : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat berjaya membongkar taktik menyeludup dadah dengan berselindung di sebalik bungkusan teh cina bagi mengaburi pihak berkuasa, apabila ia merampas kira-kira 70kg syabu dalam satu serbuan ke atas sebuah bot, semalam.

Pengarah Maritim Johor Nurul Hizam Zakaria berkata semua syabu dan sebuah bot fiber yang dianggarkan bernilai RM3.9 juta dirampas dalam serbuan di perairan Parit Amat, dekat Muar, pada 11.20 pagi.

Katanya, bertindak hasil maklumat awam, dua bot Zon Maritim Batu Pahat memeriksa sebuah bot fiber disyaki dari Indonesia, yang dinaiki dua lelaki.

Advertisement

“Dua lelaki itu kemudiannya melarikan diri ke arah hutan paya bakau berhampiran dengan meninggalkan bot berserta muatan di kedudukan 0.1 batu nautika barat daya Parit Amat,” katanya dalam sidang media di Zon Maritim Batu Pahat.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu dalam 66 peket bungkusan teh cina yang diisi dalam empat beg plastik pelbagai warna, satu bungkusan kurier serta satu beg sandang.

“Bot yang dirampas pula menggunakan enjin model Mercury dengan kekuatan 150 kuasa kuda,” katanya memaklumkan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 398 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top