BM | EN | 中文

Maritim Johor bantu bawa tiga pesakit Covid-19 dari Pulau Aur ke Hospital Mersing

Maritim-Johor-bantu-bawa-tiga-pesakit-Covid-19-dari-Pulau-Aur-ke-Hospital-Mersing.jpg

Gambar Ehsan FB APMM

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 OGOS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Johor telah membantu memindahkan tiga pesakit COVID-19 dari Pulau Aur ke Jeti Syahbandar, Mersing, Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Zon Maritim Mersing telah menerima panggilan daripada Pejabat Daerah Mersing yang memohon bantuan membawa tiga penduduk pulau berkenaan yang dijangkiti COVID-19 ke Hospital Mersing.

Beliau berkata Bot Perkasa 31 Zon Maritim Mersing bersama lima anggota Maritim Malaysia Iengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE), telah ditugaskan ke Pulau Aur bagi melaksanakan khidmat perpindahan perubatan (MEDEVAC) itu.

Advertisement

“Perkasa 31 tiba di lokasi pada pukul 3.30 petang dan terus memindahkan tiga pesakit wanita yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 77 tahun itu untuk dibawa ke Jeti Syahbandar.

“Perjalanan dari Pulau Aur ke Jeti Syahbandar mengambil masa dua jam. Sebaik tiba di jeti berkenaan, pesakit terus dipindahkan ke ambulans yang telah bersedia menunggu untuk ke Hospital Mersing bagi rawatan lanjut,“ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua anggota Maritim Malaysia dan Bot Perkasa 31 yang terlibat kemudiannya telah disanitasi dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top