MARITIM BANTU NAKHODA VIETNAM CEDERA DI KAKI
Warga emas yang dibantu Maritim

MARITIM BANTU NAKHODA VIETNAM CEDERA DI KAKI

JOHOR BAHRU, 4 DIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) bertindak pantas membantu seorang nakhoda kapal warga Vietnam yang mengalami kecederaan di bahagian kakinya, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, mangsa berusia 63 tahun itu cedera akibat terjatuh ketika cuaca buruk.

“Sebaik mendapat laporan itu, sebuah bot peronda Maritim dikejarkan ke lokasi kapal tangki itu berada untuk memberi bantuan kecemasan awal.

“Mangsa kemudian dibawa untuk mendapatkan rawatan susulan di Klinik Kesihatan Pengerang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Aminuddin, pihaknya sentiasa bersiap siaga dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat termasuklah memberi bantuan kecemasan.

“Orang ramai yang berdepan kecemasan di perairan Johor Timur boleh hubungi Pusat di talian 07-8916595 atau talian kecemasan MERS 999 agar tindakan segera dapat diambil,” katanya.

JohorKini

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )