BM | EN | 中文

Marina seru bakal pengundi, warga Malaysia 18 tahun ke atas buat semakan SPPA

Marina-Ibrahim-scaled.jpg
Advertisement

KLUANG, 5 OKT: Penyelaras Pusat Komuniti Layang-Layang, Marina Ibrahim menyeru warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih membuat semakan, mengesahkan maklumat dan membuat aduan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum didaftar sebagai pemilih secara automatik.

Marina Ibrahim berkata, proses Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) sudah bermula semenjak 1 Oktober lalu dan akan berakhir pada 31 Oktober depan.

“Saya menyeru kepada remaja yang berumur 18 ke atas supaya mengesahkan diri sebagai pengundi secara automatik melalui sister SPPA.

Advertisement

“Antara dua kaedah adalah melayari laman web https://mysprsppa.spr.gov.my atau menggunakan aplikasi MySPR SPPA.

“Kedua, menghadirkan diri ke 604 tempat semakan di seluruh negara.

“Saya percaya bahawa dengan 5.8 juta bakal pemilih baharu ini ,ia akan memberikan impak yang luar biasa terhadap sistem politik negara kita,” kata Marina yang juga penolong setiausaha publisiti DAP Johor ,

Advertisement

Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada 26 September, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulangi komitmen kerajaan untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan golongan berusia 18 tahun ke atas dapat mengundi dalam pilihan raya, dalam tempoh terdekat.

Undi 18 turut menjadi antara fokus dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PN) pada 13 September lalu.

Undi 18 merangkumi tiga perkara yang diluluskan di Parlimen iaitu menurunkan umur warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun melalui pindaan perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement

Pindaan perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan pula untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Selain itu, ia juga membabitkan pendaftaran warganegara secara automatik sejurus mereka mencapai umur 18 tahun.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top