BM | EN | 中文

Marina edar kit ujian kendiri Covid-19 kepada pekedai DUN Layang-Layang

Marina-edar-kit-ujian-kendiri-Covid-19-kepada-pekedai-DUN-Layang-Layang.png
Advertisement

KLUANG, 4 OKT: Susulan pembukaan sektor ekonomi dan peralihan ke Fasa Kedua Pelan Pemulhan Negara (PPN) di Johor, penyelaras Pusat Komuniti Layang-Layang, Marina Ibrahim melancarkan kempen kesedaran kesihatan dengan mengedarkan kit ujian kendiri kepada pekedai di pekan ini.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 80 kit kesihatan diedarkan dengan setiapnya mengandungi sekotak pelitup muka, kit ujian kendiri dan buku panduan bagi melawan Covid-19.

“Objektif program adalah menimbulkan kesedaran awam. Rakyat masih perlu mengikuti SOP yang ketat walaupun sektor ekonomi sudah dibuka.

Advertisement

“Kempen ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kerana masih ramai tidak tahu kepentingan ujian kendiri, hidup secara norma baharu dan tidak tahu macam mana untuk kuarantin di rumah,” kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor itu.

Johor beralih ke Fasa Kedua PPN pada 24 September lalu.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap agar anak muda yang berusia 18 keatas untuk memeriksa maklumat pengundi melalui semakan pra-pendaftaran pemilih automatik (SPPA).

Advertisement

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebelum ini menetapkan tempoh masa sehingga 31 Oktober ini bagi membuat semakan SPPA melalui dua kaedah.

“Saya percaya 5.8 juta pengundi baru akan memberikan impak dan perubahan besar dalam politik negara,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top