BM | EN | 中文

Marah ditegur untuk perlahankan suara, rakan serumah ditetak dekat Nusa Bestari

Marah-ditegur-untuk-perlahankan-suara-rakan-serumah-ditetak-dekat-Nusa-Bestari.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 JUN: Gara-gara tidak mahu menerima teguran supaya memperlahankan suara, seorang lelaki tempatan dipercayai bertindak menetak rakan serumah menggunakan parang sebanyak tiga kali di bahagian kepala, dalam kejadian di Taman Nusa Bestari.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis menerima laporan itu pada pukul 5.15 petang dan ketika sampai di lokasi iaitu di tingkat tiga sebuah bilik sewa, pihaknya mendapati seorang lagi lelaki tempatan berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai perabot, telah berlumuran darah.

“Punca kejadian didapati individu terbabit disyaki tidak mahu menerima teguran daripada mangsa untuk memperlahankan nada suara semasa bercakap, kerana mangsa sedang berbual melalui telefon di dalam biliknya.

Advertisement

“Apabila mangsa keluar dari bilik, individu itu telah mendekati mangsa dan mengeluarkan parang berukuran kira-kira 37.7 sentimeter dad dalam seluarnya, dan terus menetak mangsa. Selepas ditetak, mangsa melarikan diri dan turun ke tingkat bawah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata berdasarkan makiumat saksi, polls menahan lelaki berumur 23 tahun di tempat kejadian dan ujian saringan air kencing ke atas pekerja kilang itu adalah negatif, serta bebas daripada sebarang pengaruh dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah Iampau.

Katanya, manakala mangsa yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah di sini dan berada dalam keadaan stabil.

Advertisement

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top