BM | EN | 中文

MAQIS Johor tahan 126.4 tan ubi kentang dari Jerman

MAQIS-tahan-126.4-tan-ubi-kentang-dari-Jerman.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 FEB: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan sebuah kontena yang membawa masuk 126.4 tan ubi kentang bernilai RM353,490.24 dari Jerman di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini, semalam.

MAQIS Johor dilaporkan BH Online berkata, pemeriksaan dijalankan pegawai penguatkuasanya mendapati, pengimport mengemukakan dokumen mengelirukan termasuk alamat pengeksport tidak sama seperti diisytiharkan dalam permit ubi kentang berkenaan.

“Semua ubi kentang yang dianggarkan bernilai RM353,490.24 itu ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana melakukan pengisytiharan mengelirukan pihak berkuasa.

Advertisement

“Jika sabit kesalahan, pengeksport boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan ke dua atau yang berikutnya didenda maksimum RM75,000 atau dipenjarakan maksimum lima tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini. .

Susulan itu, MAQIS menasihatkan semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan ditetapkan supaya kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top