BM | EN | 中文

Maqis Johor rampas produk kayu dari Chile bernilai lebih RM500,000

Maqis-Johor-rampas-produk-kayu-dari-Chile-bernilai-lebih-RM500000.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 JUL: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas lebih 425,000 kilogram (kg) kayu pinus radiata pine dari Chile bernilai lebih RM500,000 di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri, semalam.

Menurut kenyataan Maqis Johor, penahanan 10 kontena yang membawa kayu itu dibuat susulan pemeriksaan yang dijalankan pegawai penguat kuasa jabatan itu pada 3.45 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati nombor permit Maqis yang dikemukakan tidak sama seperti yang tertera di dalam sijil fitosanitasi yang diikrarkan bagi produk kayu pinus radiata pine tersebut.

Advertisement

‘Kesemua kayu, yang dianggarkan sebanyak 425,715 kg itu telah ditahan untuk tindakan lanjut,’ menurut kenyataan berkenaan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

Maqis Johor turut menasihati semua pengimport dan pengeksport agar sentiasa mengikut peraturan ditetapkan kerajaan supaya kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan sentiasa terpelihara di Malaysia.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top