BM | EN | 中文

MAQIS Johor rampas lebih 1,000 kg isi ikan sejuk beku dari Indonesia

MAQIS-Jabatan-Perkhidmatan-Kuarantin-dan-Pemeriksaan-Malaysia.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 OGOS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Johor, merampas lebih 1,000 kilogram (kg) isi ikan sejuk beku dipercayai dari Indonesia, menerusi pemeriksaan terhadap sebuah lori di Kompleks Sultan Abu Bakar di Iskandar Puteri, Jumaat lalu.

Pengarahnya Hizzuan Hasim berkata, pemeriksaan pada pukul 12.30 tengah hari itu mendapati lori dipandu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun, telah membawa isi ikan berkenaan masuk ke negara ini menerusi Singapura.

“Pegawai MAQIS yang menjalankan pemeriksaan mendapati, maklumat yang dikemukakan adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Advertisement

“Justeru itu, kesemua ikan sejuk beku bernilai RM31,500 dan seberat 1,260kg itu dirampas untuk tindakan lanjut. Manakala pemandu lori itu pula dilepaskan selepas keterangan diambil,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Hizzuan berkata mengimport apa sahaja jenis keluaran pertanian dengan memberikan makiumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan, adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top