BM | EN | 中文

MAQIS Johor rampas anak pokok tanaman hiasan bernilai RM119,200

MAQIS-Johor-rampas-anak-pokok-tanaman-hiasan-bernilai-RM119200.png

Gambar Ehsan FB Pasal Johor X

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OGOS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) Johor merampas 59,600 unit anak pokok tanaman hiasan bemilai kira-kira RM119,200, disyaki cuba diseludup dari China selepas menahan sebuah kontena di Pelabuhan Pasir Gudang di sini, semalam.

Menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini, pemeriksaan rutin pada 4 petang itu mendapati kontena terbabit membawa pelbagai spesies anak pokok termasuk cactus gymnocalycium, spathiphyllum wallisii, caladium, echeveria pinweel, microsorum punctatum, asparagus racemosus, strobilanthes sinuate dan adenium.

‘Kesemua anak pokok ini dirampas kerana tidak mempunyai permit import yang sah untuk tindakan lanjut: menurut kenyataan itu.

Advertisement

Kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

MAQIS Johor turut menasihatkan semua pengimport dan pengeksport untuk sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan, agar kawalan penyakit haiwan dan tumbuhan serta keselamatan makanan di negara ini terpelihara.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top