BM | EN | 中文

Maqis Johor rampas 83 tan daging kerbau dari India

Maqis-rampas-83-tan-daging-kerbau-dari-India.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JUN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Johor merampas 83.988 tan daging kerbau dari India yang dianggarkan bernilai Iebih RM1.3 juta, semalam.

Rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan terhadap tiga kontena di Pelabuhan Pasir Gudang, pada 2 petang.

Pengarah MAQIS negeri Hizzuan Hasim berkata pemeriksaan terhadap kontena itu mendapati nombor seal pada kontena tidak sama seperti yang dinyatakan di dalam dokumen ‘bill of lading’ yang telah diikrar.

Advertisement

“Siasatan mendapati daging kerbau yang dirampas itu dipercayai untuk kegunaan pasaran tempatan manakala ejen penghantaran yang diambil keterangan telah dilepaskan,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mengimport apa sahaja jenis keluaran pertanian dengan menggunakan atau memberikan permit, lesen, perakuan atau dokumen yang palsu atau tidak tepat serta mengelirukan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top