BM | EN | 中文

Maqis Johor rampas 26 tan makanan haiwan dari Thailand

Maqis-rampas-26-tan-makanan-haiwan-dari-Thailand.jpg

Gambar Ehsan FB Komuniti Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 MEI: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 26 tan makanan haiwan bernilai RM105,337 menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, kontena yang membawa makanan haiwan dari Thailand itu ditahan dalam pemeriksaan pada jam 6.40 petang, Isnin lalu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan anggotanya mendapati makanan haiwan berkenaan tidak mempunyai label yang lengkap seperti dinyatakan dalam syarat permit import Maqis.

Advertisement

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana tidak mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya,” katanya, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Menurut Hizzuan, Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top