BM | EN | 中文

MAQIS harap Akta 728 dapat dipinda bagi perluas skop penguatkuasaan

maqis-daging.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berharap Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dapat dipinda di Dewan Rakyat tahun depan bagi memperluas dan mengukuhkan bidang penguatkuasaan jabatan itu.

Ketua Pengarahnya Saiful Yazan Alwi berkata pindaan akta itu telah pun mendapat kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, dan sedang dalam proses penelitian daripada aspek perundangan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Ketika ini bidang kuasa MAQIS hanya di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin sahaja, jadi sekiranya akta itu dapat dipinda, skop penguatkuasaan yang berlaku di luar pintu masuk dapat diperluaskan, termasuk aspek penangkapan dan pertuduhan, juga dapat dilakukan,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Ruang Bicara bertajuk ‘Penyeliaan dan Pemeriksaan Daging Import Dalam dan Luar Negara’ yang bersiaran di Bernama TV semalam.

Mengulas tindakan kerajaan yang sedang menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pengimportan daging yang diragui, Saiful Yazan berkata jabatan itu amat mengalu-alukan usaha berkenaan, supaya segala dakwaan berkaitan isu berkenaan dapat disiasat dengan segera.

“Apabila ada RCI yang terdiri daripada jawatankuasa bebas, ia dapat memberikan pencerahan kepada rakyat berikutan tohmahan yang berlaku sekarang, khasnya berhubung agensi penguatkuasaan kerajaan,” katanya.

Advertisement

Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top