BM | EN | 中文

MAQIS halang cubaan bawa masuk kayu jati bernilai hampir RM2 juta di Batu Pahat

MAQIS-halang-cubaan-bawa-masuk-kayu-jati-bernilai-hampir-RM2-juta-di-Batu-Pahat.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 16 OKT: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Johor berjaya menggagalkan cubaan sebuah kapal tongkang membawa masuk muatan kayu jati bernilai RM1.964 juta dari Myanmar melalui daerah ini, semalam.

Pengarahnya Nur Afifah A. Rahman berkata MAQIS Johor dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia bertindak merampas kayu gergaji seberat 150 tan metrik itu.

Bernama melaporkan, melalui pemeriksaan yang dilakukan pada jam 10 pagi tadi, seorang lelaki tempatan berusia 60-an turut ditahan untuk siasatan lanjut, katanya dalam kenyataan di sini.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan pegawai penguatkuasa MAQIS mendapati dagangan itu menggunakan dokumen yang mengelirukan dan ia kemudiannya disita untuk tindakan lanjut

“Perbuatan menggunakan dokumen mengelirukan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali mengikut Seksyen 13 akta sama,” katanya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top