BM | EN | 中文

MAQIS gagalkan cubaan bawa masuk produk hasil ikan tanpa permit

IMG-20200221-WA0011.jpg

MAQIS Johor berjaya mengagalkan cubaan membawa masuk produk hasil ikan seberat 196 kilogram secara tidak sah ke negara ini, semalam.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 FEB : Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor berjaya mengagalkan cubaan membawa masuk produk hasil ikan seberat 196 kilogram secara tidak sah ke negara ini, semalam.

Pengarahnya, Nur Afifah A Rahman berkata, produk berkenaan dibawa menggunakan kereta jenis Toyota Avanza di Unit Laluan Kereta Import, Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Menurutnya, hasil pemeriksaan oleh pegawai penguatkuasa kira-kira jam 2 petang itu mendapati konsainan Frozen Fishlip Slice dianggarkan bernilai RM5,292 dibawa masuk tanpa sebarang permit import yang dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS.

Advertisement

“Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada Jabatan MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,”katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasakan di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top