BM | EN | 中文

MANUSIA MAMALIA BERTOPENG

042b7f27-0406-4820-a56c-5b2857ee4482.jpg
Advertisement

TOPENG, dalam latin disebut más que la cara (wajah yang ditambahkan), manakala sebutan Inggerisnya pula ‘mascara’ atau ‘mask’.  Sebelum anonymous maya dan geng anarki millennial mengenal topeng Guy Fawks sebagai simbol ekpresi politik, tamadun manusia sudah lama kenal apa itu topeng.

Setakat ini, topeng tertua tersimpan di Bible et Terre Sainte, sebuah muzium di Paris. Umurnya 9000 tahun. Tapi dianggarkan usia topeng jauh lebih awal dari itu. Malangnya, ia tidak dapat bertahan lama kerana diperbuat dari kulit dan kayu yang pupus ditelan masa.

Sejarah awal manusia, topeng jadi alat dalam pemujaan dan ritual. Seni rupa ini kemudiannya berkembang mengikut pelbagai aktiviti dan acara manusia – berburu, pesta, seni persembahan, perubatan dan macam-macam lagi.

Advertisement

Topeng bukan seni lekeh. Misalnya tradisi topeng suku Inuit, kelompok pesisir laut Amerika Utara sangat kompleks. Di wilayah ini, topeng diperbuat dari tulang, kulit dan bulu haiwan yang diburu dan digunakan  dalam ritual pendukunan – topeng jadi lambang penyatuan suku ini dengan alamnya.

Hampir sama dengan suku Inuit, suku-suka Afrika juga menggunakan topeng untuk memahami dan berkomunikasi dengan alam. Selain topengnya berbentuk wajah manusia, suku-suku Afrika juga dibuat dalam bentuk binatang – kaedah ‘tripping’ untuk suku ini memahami hutan.

 

Advertisement

 

 

Advertisement

 

Nusantara pula sangat kaya dengan seni topeng sebagai alat menyantuni alamnya. Dayak di Kalimantan Timur terkenal dengan tarian topeng Hudoq – tarian kesyukuran suku ini pada alam rezekinya.

Pengaruh Hindu dan Bali pula mengangkat epik Ramayana dan Mahabrata melalui topeng. Kemudian seni rupa ini dikembangkan oleh Sunan Kalijaga untuk disesuaikan dalam seni wayang kulit.

Advertisement

Beginilah cara manusia menganggapi topeng – sebagai jambatan untuk memahami dan merasai alam hutan, alam laut, alam haiwan bahkan alam mistik.

Tapi itu dulu, setelah mengalami kolonialisme panjang dan peralihan budaya kepada sistem ekonomi kapitalisme, topeng tidak lagi wajar. Topeng bukan lagi jambatan manusia dengan alam. Alat ini hanya bahan pamer purba yang tidak siapa pun kisah.

Bumi dan sejarah berputar menemukan manusia dengan dirinya yang lalu, kata Khaldun. Selepas manusia menanggalkan topengnya dan lupa memahami hubungannya dengan alam – alam mula diekploitasi dengan skala besar akibat kemasukan teknologi dan sains tanpa waras.

Advertisement

Natijahnya, sedekad lepas,  alam mula hukum manusia untuk gunakan topeng kembali. Bagaimana? Ceritanya begini.

Bermula 1983, masyarakat Asia Tenggara mula kenal jerebu – fenomena alam yang berpunca dari kepekatan zarah terampai  yang amat tinggi di atmosfera akibat pembakaran biojisim.

Pembakaran biojisim ini menghasilkan habuk, abu, debu dan asap merentasi sempadan. Aliran angin lintang yang membawa bersama zarah terampai ini secara besar-besaran.

Advertisement

Pada 1997, fenomena ini mendapat perhatian serius di Malaysia apabila Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain dilanda jerebu teruk akibat kebakaran hutan seluas empat juta padang bola sepak di Indonesia. Awan asap kuning yang terhasil melanda Asia Tenggra hingga ke utara Australia.

20 September 1997, kerajaan Malaysia isytiharkan darurat di Sarawak selama seminggu – semua lapangan terbang dan sekolah ditutup, aktiviti luar dilarang sepenuhnya.

Jerebu bukan fenomena alami. Jerebu tak boleh jadi tiba-tiba. Aktiviti pembakaran bagi pertanian skala besar antara sebab jerebu. Pembakaran sebagai kaedah paling murah dan cepat untuk penanaman berskala besar. Tujuannya memaksimakan keuntungan.

Advertisement

Ditambah pula dengan aktiviti pembalakan tak terkawal, terutama di kawasan tanah gambut menyebabkan fenomena ini berlaku terus. Berkurangnya hutan sebagai penapis dan kilang oksigen bagi hidupan menyebabkan kualiti udara makin teruk.

Fenomena ini berulang sampailah beberapa bulan lagi menjelang 2020, kita masih lagi berdepan dengan jerebu. Bagi masalah yang tidak berpenghujung, apa yang mampu kita buat untuk elak  menyedut partikel dan zarah terampai pekat di udara?

Akhirnya kita kembali bertopeng.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top