BM | EN | 中文

Mantan TYT Melaka beri kata-kata semangat kepada calon PH Gadek

khalil-yaakob-bekas-TYT-Melaka.jpg

Gambar Ehsan Roketkini

Advertisement

MELAKA, 18 NOV: Mantan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob terus menyertai kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Kali ini, beliau telah menyertai sesi bertemu dengan orang ramai di Kampung Tanjung Rimau Dalam, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek.

Roketkini melaporkan calon PH DUN Gadek, G. Saminathan dalam hantaran di laman Facebook berkata, pada pertemuan itu, Mohd. Khalil sempat memberi kata-kata semangat kepadanya agar sentiasa membantu dan mendampingi rakyat.

Advertisement

Saminathan berkata, beliau berbesar hati dengan kesudian mantan Yang Dipertua Negeri itu bersarapan dengan penduduk setempat.

Sementara itu, media melaporkan Mohd. Khalil sebagai berkata: “Dah lama bersara, jadi soalan politik mana saya boleh nak jawab, tapi calon ini memang disukai ramai, bekerja kuat dan bertenaga.”

Sebelum ini Mohd. Khalil dilaporkan hadir dalam program-program kempen calon PH.

Advertisement

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dilaporkan sebagai berkata, kehadiran Mohd. Khalil dalam program kempen calon PH menandakan satu isyarat positif kepada gabungan itu.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top