BM | EN | 中文

Mantan menteri, timbalan menteri Pertahanan harap Malaysia tak terlibat sekali lagi perang di Yaman

mohamad-sabu-liew-chin-tong.jpg

Gambar Ehsan Malaysiakini

Advertisement

KUALA LUMPUTR, 9 MAC: Mantan menteri pertahanan Mohamad Sabu dan timbalannya Liew Chin Tong berharap agar Malaysia tidak terlibat sekali lagi dalam perang di Yaman.

Dalam kenyataan bersama mereka hari ini, Malaysia tidak sewajarnya terperangkap dalam mana-mana operasi ketenteraan di luar negara yang tidak diberi mandat jelas daripada PBB.

Katanya, dalam usaha melestarikan hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi, mereka berharap Malaysia tidak akan terlibat sekali lagi dalam perang di Yaman.

Advertisement

“Angkatan Tentera Malaysia hanya diaturgerakkan ke luar negara untuk operasi pengamanan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sejarah ATM penuh dengan penglibatan misi pengamanan di Congo, Lebanon, Bosnia-Herzegovina, Somalia, dan di sempadan Iraq-Kuwait untuk menguatkuasa gencatan senjata setelah tamatnya Perang Teluk Pertama.

“Imej ATM di persada antarabangsa ini cukup membanggakan kita dan sewajarnya tidak dicemarkan.

Advertisement

“Kepentingan rakyat Malaysia perlu diutamakan dalam pengendalian dasar luar negara kita. Nyawa anggota tentera kita juga tidak boleh digadaikan semata-mata kepentingan politik,” menurut kenyataan itu.

Kedua mereka merujuk kepada lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Difahamkan Muhyiddin dijemput bertemu Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Putera Mahkotanya, Mohammed Salman dan dijangka membincangkan beberapa perkara berkaitan hubungan Saudi-Malaysia.

Advertisement

Kata kedua mereka, Malaysia dan Arab Saudi mempunyai hubungan erat, tetapi pengendalian hubungan itu perlu berteraskan prinsip neutraliti Malaysia.

“Malangnya prinsip ini diabaikan Menteri Luar Negeri Perikatan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn, enam tahun yang lalu apabila beliau secara langsung telah melibatkan Malaysia dalam operasi ketenteraan ketika Perang Saudara Yaman,” katanya.

Tambah mereka, pada April 2015, kerajaan telah melancarkan Ops Yaman 1 melibatkan dua buah pesawat C-130 Tentera Udara Malaysia Diraja yang diaturgerakkan ke Arab Saudi untuk membantu usaha memulangkan rakyat Malaysia di Yaman.

Advertisement

Pada Jun 2015, misi kontinjen ini berubah kepada membantu tentera gabungan diketuai Arab Saudi dalam memerangi kumpulan Houthi.

“Fasa ini dikenali sebagai Ops Yaman 2, dan ketika itu, kru C-130 TUDM diarahkan untuk menerbangkan alat ganti, peluru, dan bahan letupan untuk angkatan Saudi dan negara-negara sepakatnya,” katanya.

Menurut kedua mereka, Ops Yaman 2 tidak dibincangkan di peringkat Kabinet, dan peruntukan tambahan untuknya juga tidak dibahaskan di Parlimen.

Advertisement

“Arahan pemula ataupun initiating directive tidak dikeluarkan daripada Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan ketumbukan tersebut untuk terlibat dalam operasi ketenteraan yang diketuai Arab Saudi.

“Tambahan pula, ketika itu persefahaman antara Malaysia dan Arab Saudi yang menggariskan had dan terma rujukan ketumbukan tersebut di Arab Saudi masih belum ditandatangani.

“Jelas Ops Yaman 2 bukan sahaja salah dari segi prinsip, malah dari segi tatacara pelaksanaan juga,” ujarnya.

Advertisement

Tambah kenyataan itu, dalam memo antara Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Pertahanan dan Markas Angkatan Tentera, kerajaan dinasihatkan bahawa penglibatan ATM dalam perang di Yaman akan menjejaskan imej Malaysia sebagai negara neutral.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top