BM | EN | 中文

Mantan Exco Pendidikan Johor sambut baik titah TMJ

aminolhuda-hassan-adun-parit-yaani.jpg
Advertisement

ISKANDAR, PUTERI, 22 OGOS: Mantan Exco Pendidikan dan Kesihatan Johor, Aminolhuda Hassan hari ini menjunjung titah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim berhubung kenyataan untuk berjumpa dengan guru-guru yang tidak mahu divaksinkan.

Aminolhuda ketika dihubungi memaklumkan beliau menyokong sranan Istana untuk memberi keutamaan dalam menangani pandemik Covid-19 dalam negeri ini.

“Saya menjunjung kasih di atas keprihatinan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim yang cakna dan peka dengan permasalahan negeri Johor ketika ini.

Advertisement

“Pentingnya peranan seorang guru adalah untuk memastikan suasana persekitaran mereka sentiasa sihat dan ini termasuklah murid-murid di sekolah mendapat keyakinan bagi mereka menghadiri sesi persekolahan bersemuka kelak.

“Guru-guru perlu berkorban, apatah lagi di zaman kini yang mengharapkan guru-guru ini divaksin bagi kemudahan pembelajaran kelak.

“Saya mengajak agar guru-guru yang menolak untuk divaksin ini memikirkan soal keselamatan murid-murid serta orang ramai dengan tindakan yang mereka fikirkan tersebut,” katanya.

Advertisement

Beliau turut mengajak pelbagai pihak membantu usaha untuk pengambilam vaksin di negeri ini agar tahap ‘Herd Imunity’ dapat dicapai segera.

Dalam pada itu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang menolak menerima vaksin Covid-19, bagi mencari penyelesaian isu itu.

Tunku Ismail menerusi ciapan di Twitter baginda hari ini bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Advertisement

Terdahulu, Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, dilaporkan memaklumkan kira-kira 779 guru di negeri ini menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Mazlan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin supaya golongan guru terbabit akan menerima vaksin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top