BM | EN | 中文

Manifesto akan terus diperluas, MB Johor

dr-sahruddin-jamal-01-scaled.jpg

JOHOR BAHRU, 1 JAN: Johor merupakan negeri pertama yang berjaya menunaikan semua manifesto yang dijanjikan dalam masa 100 hari.

Demikian kata Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam Ucapan Tahun Baru 2020 menerusi akaun Facebook rasminya.

“Alhamdulillah, tahun 2019 telah melabuhkan tirainya, tahun 2020 telah kunjung tiba. Setelah kita (Pakatan Harapan) mengambil tampuk pentadbiran negeri Johor pada 2018, kita merupakan negeri pertama yang berjaya menyempurnakan 10 manifesto dalam 100 hari seperti dijanjikan.

“Selain itu, kita telah menyediakan inisiatif secara mampan dan holistik, antaranya termasuklah meluaskan perkhidmatan bas muafakat Johor, menambah penerima kad sihat Johor dan skim takaful warga emas, menambaik skim Rumah Mampu Biaya, insentif bantuan nelayan dan menambaik insentif Harapan Siswa,” katanya.

Dr Sahruddin yang juga ADUN Bukit Kepong berkata, sepanjang 2019, pelbagai kejayaan telah dicapai di negeri ini.

“Kita akan terus melangkah dengan lebih banyak pencapaian pada tahun hadapan (2020), Insya-ALLAH,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau lagi, tahun 2020 turut menyaksikan Johor menjadi tuan rumah dalam dua acara besar.

“Acara pertama Tahun Melawat Johor 2020 dan kedua Sukan Malaysia (SUKMA) Johor,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar warga Johor menyambut baik acara ini dan bersana-sama mempromosikan destinasi menarik di Johor.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top