BM | EN | 中文

MANGSA RUGI LEBIH RM1,000 SETIAP KALI BANJIR LUMPUR 

IMG-20191206-WA0001.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 6 DIS: Mangsa banjir lumpur di sekitar Bukit Payong di sini mahu kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap pengendali kuari yang didakwa menjadi punca utama bencana itu.

Salah seorang penduduk, Zarin Abdul Rahman, 39, memberitahu, situasi banjir lumpur pada tahun ini lebih teruk berbanding tahun-tahun terdahulu.

Menurutnya, keadaan semakin teruk semenjak kawasan operasi kuari di sekitar Bukit Payong itu menjadi semakin luas.

Advertisement

“Kawasan ini memang kerap dinaiki air ketika musim tengkujuh namun kali ini keadaannya semakin teruk,” kata Zarin ketika dihubungi JohorKini.

“Sehubungan itu kami mengharapkan tindakan lebih tegas daripada pihak kerajaan negeri sama ada untuk menghentikan operasi kuari berkenaan atau mengambil langkah perlu bagi mengelakkan kejadian banjir lumpur berulang,” katanya.

 

Advertisement

Kejadian banjir lumpur yang berlaku Ahad lalu menjejaskan kira-kira 60 buah keluarga yang mendiami dua perkampungan sekitar iaitu Kampung Kangkar Merlimau dan Kampung Mohd Noor.

Tambah Zarin, penduduk berharap kejadian banjir lumpur itu dapat dihentikan kerana mereka terpaksa menanggung kerugian lebih RM1,000 setiap kali ia berlaku.

“Setiap kali perkara ini berlaku, penduduk kampung akan mengalami kerugian kerana perabot dan peralatan elektrik akan rosak.

Advertisement

“Jadi kami berharap kerajaan negeri dapat membantu menyelesaikan perkara ini,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top