BM | EN | 中文

MANGSA RIBUT BATU PAHAT MASIH DI PUSAT PEMINDAHAN

khuzzan-rumah-dilanda-ribut.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 OKT: Seramai 16 mangsa ribut daripada tiga keluarga masih ditempatkan d Pusat Pemindahan Sementara (PPS) daerah Batu Pahat, setakat jam 4 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata bilangan itu tidak berubah sejak semalam membabitkan penduduk dari Kampung Sungai Kajang, Bagan dan kawasan sekitar Kompleks Peladang Batu Pahat Tongkang Pecah.

“Seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kajang.

Advertisement

“Kesemua mereka merupakan mangsa ribut di kawasan Sungai Kajang dan Bagan,” menurut kenyataan Tan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, dimaklumkan PPS SK Seri Binjai yang menempatkan mangsa banjir di daerah ini telah pun ditutup, mulai petang tadi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top