BM | EN | 中文

MANGSA PERLU AKUR ARAHAN PINDAH

zulkiflee.jpg

BATU PAHAT, 16 DIS: Pegawai Daerah Batu Pahat, Zulkiflee Abbas menasihati kepada orang ramai supaya akur jika diarahkan berpindah agar dapat mengelakkan sebarang kemalangan.

“Apabila mangsa berpindah ke tempat yang lebih selamat, lebih mudah untuk Bahagian Pengurusan Bencana Operasi (APM) mengawal keadaan.

“Mangsa banjir tidak perlu khuatir apabila dapat arahan untuk herpindah oleh APM kerana kawasan rumah yang ditinggalkan akan dipantau oleh pihak berkuasa,” katanya di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Suria Perdana, Ayer Hitam, di sini, hari ini.

Menurut Zulkiflee lagi, setakat ini, terdapat tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Batu Pahat.

“PPS di Yong Peng menempatkan tiga keluaga yang terdiri dari 10 mangsa, PPS Simpang Kiri menempatkan 6 keluarga dengan 32 mangsa manakala PPS Ayer Hitam seramai 10 keluarga dengan 30 mangsa.

“Keseluruhan mangsa di Batu Pahat ialah seramai 76 orang melibatkan 19 buah keluarga,” katanya lagi.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top