BM | EN | 中文

Mangsa nahas jalan raya di Ulu Pulai ditemui tersangkut pada pokok

Mangsa-nahas-jalan-raya-di-Pontian-ditemui-tersangkut-pada-pokok.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 NOV: Mayat seorang lelaki ditemui tersangkut pada pokok di Sungai Ulu Pulai, di sini, pagi semalam selepas dipercayai terbabit kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar dalam kenyataan semalam berkata, lelaki tempatan berusia 59 tahun itu dijumpai lengkap berpakaian dan tidak cedera.

Katanya, ia susulan panggilan telefon yang diterima daripada orang awam, kira-kira jam 8 pagi berhubung penemuan mayat berkenaan.

Advertisement

“Siasatan awal mendapati lelaki itu masih bujang dan bekerja sebagai sub kontraktor.

“Lelaki itu disyaki mabuk berdasarkan keterangan dua rakannya, selain dimaklumkan kali terakhir mereka minum bersama di sebuah kedai di Gelang Patah, Sabtu lalu, sebelum balik menaiki kereta secara berasingan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, lelaki itu terbabit kemalangan jalan raya dengan melanggar pokok di Persiaran Gelang Patah, di sini.

Advertisement

“Keretanya dalam keadaan remuk ditinggalkan di tepi jalan dengan keadaan pintu terbuka,” katanya, lapor BH Online,

Beliau berkata, lelaki itu kemudian disyaki terjatuh ke dalam longkang utama dan lemas dibawa arus hingga ke muara sungai.

Katanya, mayat mangsa sudah dicamkan oleh dua rakannya yang minum bersama dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk bedah siasat.

Advertisement

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Asnawi Jumaat, berkata lima anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 8.27 pagi.

“Terdapat mayat yang tiada pengenalan diri tersangkut pada pokok di tepi sungai pada jarak 500 meter dari Jeti Nelayan Kampung Ulu Pulai, di sini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top