BM | EN | 中文

MANGSA KEBAKARAN DIBANTU

salahuddin-ayub-5.jpg
Advertisement

PONTIAN, 1 NOV : Seorang mangsa kebakaran di Serkat, di sini dibantu menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN).

Bantuan berjumlah RM56,000 disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Abdul Razak Sahak, 60, yang juga seorang nelayan mengalami kerugian kira-kira RM150,000 selepas kediamannnya musnah terbakar dalam kejadian kira-kira12.30 tengahmalam pada 27 Oktober lalu.

Advertisement

Abdul Razak

Sementara itun Abdul Razak bersyukur kerana bantuan tersebut dapat meringankan beban yang ditanggungnya.

“Buat sementara waktu ini, saya dan keluarga terpaksa menumpang di rumah adik ipar dan bantuan ini benar-benar membantu kami sekeluarga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup nelayan lebih-lebih lagi bagi mereka yang ditimpa musibah.

Advertisement

“Melalui PKPN, kerajaan dapat menyalurkan bantuan dengan membaik pulih rumah, membina rumah baharu dan mewujudkan penempatan semula nelayan dengan prasarana asas,” katanya lagi.

PKPN merupakan usaha Kerajaan Persekutuan di bawah bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Rumah Abdul Razak yang musnah terbakar

Ia juga merupakan projek terbuka kepada golongan nelayan yang memenuhi syarat kelayakan dengan pembinaan rumah baharu di atas tanah milik nelayan.

Advertisement

Projek ini memperuntukkan kos maksimum sebanyak RM56,000 bagi sebuah rumah.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top