BM | EN | 中文

Mangsa kebakaran di Pagoh syukur, NGO bantu bina rumah baru

nasa.png
Advertisement

MUAR, 31 JAN: Peniaga buah-buahan Nasaruddin Othman, 51, berterima kasih kepada NGO Persatuan Rekreasi Kampung Pergam atas usaha pertubuhan itu membina sebuah rumah baru buat keluarganya selepas insiden kebakaran di Kampung Naib Piee, dekat Bukit Pasir, Pagoh.

Menurut beliau, kejadian kebakaran yang berlaku pada 17 Ogos 2020 itu tidak dapat dilupakannya, apabila seluruh rumahnya musnah dijilat api dan mengakibatkan kerugian berjumlah puluhan ribu ringgit.

“Selepas kejadian itu saya rasa kusut.. dengan masalah PKP sekarang, dengan perniagaan yang tak boleh dijalankan, ditambah pula dengan rumah yang terbakar.

Advertisement

“Pada awalnya saya ada berusaha berurusan dengan pihak Baitulmal.. tapi saya ada kesulitan ketika membuat permohonan bantuan..(mungkin) berkenaan dengan status tanah ini.

“Secara jujurnya saya ada rasa terkilan juga. Atas sebab itu saya berjumpa dengan pengerusi persatuan, Tuan Haji Johar dan saya ceritakan masalah saya dan kami berbincang untuk dapatkan rumah semula,” katanya ketika ditemui.

Bapa lima orang anak ini berkata, banyak perkara yang perlu difikirkannya, lebih-lebih lagi empat daripada mereka masih belajar.

Advertisement

Menurut beliau, sehingga rumah baru dibina, dia dan keluarga menumpang selama seminggu di rumah milik pengerusi Persatuan Rekreasi Kampung Pergam di Kampung Batu 28 Lenga.

“Tapi saya perlu uruskan pelbagai dokumen yang hilang dan ada anak yang sekolah. Kemudian kami tinggal di pejabat milik persatuan di pekan Bukit Pasir selama empat bulan,” katanya.

Nasaruddin (enam dari kiri) pada majlis penyerahan kunci rumah baru yang dibina Persatuan Rekreasi Kampung Pergam

Akhirnya atas bantuan persatuan dan beberapa pihak lain, pembinaan rumah yang dirancang akhirnya siap untuknya dan keluarga memulakan hidup baru.

Advertisement

“Syukur, Alhamdulillah. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Bagi saya apa yang ada ini sudah cukup baik. Saya tak jangka dapat rumah secepat ini.

“Sekurang-kurangnya keluarga saya masih ada rumah, dan jika adik-beradik balik ke kampung masih ada tanah pusaka untuk mereka pulang,” katanya lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi bantuan selain jiran-jiran dan penduduk kampung yang membuat sumbangan berupa pakaian dan barangan keperluan asas.

Advertisement

Buat masa ini Nasaruddin berkata, beliau bekerja sambilan dan mendapat gaji hari di sebuah gerai buah-buahan milik rakannya di pekan Bukit Pasir bagi meneruskan hidup.

Kepada pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menghubunginya di talian 010-2308077 atau sumbangan terus ke akaun BSN Giro 0115481000007355 atas nama Azlin Abd Hir (017-3347135).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top