BM | EN | 中文

MANGSA BANJIR, RIBUT DI BATU PAHAT DAN PONTIAN MENURUN

mb-lawat-mangsa-banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 OKT: Mangsa banjir di dua daerah pantai barat Johor, iaitu Batu Pahat dan Pontian menunjukkan penurunan kepada 214 orang setakat jam 8.00 pagi ini berbanding 229 mangsa semalam.

Jumlah itu membabitkan 49 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua daerah.

Di Batu Pahat dua PPS yang masih dibuka iaitu SK Sungai Kajang untuk mangsa ribut dan Dewan Orang Ramai Tongkang Pecah kepada mangsa banjir.

Advertisement

Manakala dua PPS bagi menempatkan mamgsa banjir di daerah Pontian iaitu SK Sri Bukit Panjang dan SK Kampung Parit Hj Adnan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon memaklumkan, kerja-kerja pemindahan mangsa banjir mendapat bantuan dari pelbagai agensi dan jabatan.

Antaranya PDRM, Jabatan Bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Pejabat Daerah Batu Pahat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top