BM | EN | 中文

MANGSA BANJIR MINTA PENEMPATAN MEREKA ‘DIALIHKAN’

Azizie.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 12 DIS : Penduduk di Taman Aman, di sini yang terpaksa berdepan dengan bencana banjir saban tahun berharap agar penempatan mereka ‘dialihkan’ ke lokasi lain.

Tahir Sidek

Tahir Sidek, 56 berkata, dia yang sudah 15 tahun menetap di taman itu sudah kira-kira enam kali berulang alik ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila banjir berlaku.

“Kami di sini sudah selalu kena banjir ini. Kami pun tak tahu apa hendak buat. Setiap kali hujung tahun mesti kami terpaksa berdepan dengan keadaan ini.

Advertisement

“Jika kita lihat penempatan di sini dibina seolah-olah tidak mengikut spesifikasi kerana jalanraya lebih tinggi dari kawasan rumah.

“Keadaan itu menyebabkan air mudah melimpah ke rumah penduduk. Jadi kami minta jika boleh alihkan penempatan ini supaya kami tidak perlu lagi berdepan masalah sama,” katanya.

Salah seorang penduduk, Mohd Azizie Kassim, 44 berkata, dia turut berharap agar penempatan tersebut dipindahkan ke tempat yang lebih tesusun dan terjamin keselamatannya.

Advertisement

Katanya, penduduk sentiasa berada dalam keadaan susah hati lebih-lebih lagi apabila berlaku air pasang besar dan hujan lebat yang mana boleh mengakibatkan banjir kilat di taman itu.

“Kami mendapat maklumat terdapat gelombang kedua banjir yang diramalkan berlaku pada 24 atau 25 Disember ini susulan air pasang besar.

“Kami harap penempatan ini dialihkan. Seperti mana di buat dalam Parlimen Tenggara yang mana menempatkan lokasi perumahan banjir mampu milik dengan bayaran berpatutan bagi mengatasi masalah penduduk yang terjejas dengan bencana itu,” katanya.

Advertisement

Mohd Azizie yang juga merupakan penjawat awam berkata, susulan banjir yang berlaku dia terpaksa mengambil cuti selama tiga hari untuk menjaga dan membersihkan rumahnya.

“Kami kaum lelaki di sini rata-rata berjaga di rumah kerana sebelum ini pernah berlaku kecurian apabila kami berada di PPS.

“Selain berjaga saya juga ambil cuti untuk membersihkan rumah di mana kami terpaksa membilas sebanyak tiga kali untuk memastikan rumah benar-benar bersih dan tidak berbau,”katanya lagi.

Advertisement

Dalam pada itu, tinjauan JohorKini di kawasan penempatan tersebut, rata-rata penduduk masih melakukan aktiviti membersihkan kediaman mereka yang dilanda banjir kilat.

Ada diantara penduduk yang mengambil kesempatan membasuh dan menjemur pakaian ekoran keadaan cuaca panas pada hari ini.

Terdahulu, banjir di daerah ini pulih apabila kesemua lima PPS di daerah ini ditutup sepenuhnya sejak semalam dan hari ini di mana kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top