BM | EN | 中文

MANGSA BANJIR MENINGKAT MENDADAK DI KOTA TINGGI 

banjir.jpg

KOTA TINGGI, 9 DIS : Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat mendadak apabila seramai 729 mangsa membabitkan 165 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir (PPS) sehingga jam 9 malam ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, terdapat dua PPS baru iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota yang dibuka pada jam 3.30 petang, manakala PPS Dewan Seri Teratai dibuka pada jam 5 petang tadi.

PPS SJKC New Kota yang menempatkan mangsa banjir khas dikalangan warga Rohingya dari Taman Aman dan Taman Mawai terdiri daripada 60 mangsa dari 12 keluarga.

Manakala PPS Dewan Seri Teratai menempatkan mangsa banjir dari Kampung Sepak Hilir seramai 50 mangsa dari 10 keluarga.

Sehingga jam 9 malam ini, berlaku pertambahan jumlah mangsa di PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi yang dibuka pada tengahari tadi di mana 573 mangsa dari 130 keluarga ditempatkan di pusat berkenaan.

Kesemua mangsa adalah dari Kampung Jawa, Taman Aman dan Taman Mawai.

Turut berlaku pertambahan bilangan mangsa adalah di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia iaitu 46 mangsa dari 13 keluarga dipindahkan sehingga malam ini.

PPS berkenaan yang dibuka sejak petang semalam menempatkan mangsa dari Kampung Parit Baharu, Kampung Changi dan Kampung Jumis Bukit Raja.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top